Kekerapan tren LRT dipertingkatkan dari 8 minit ke 5 minit mulai Ogos ini, giat baikpulih gerabak yang rosak

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengesahkan kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini.

Jelas beliau, kekerapan antara tren akan dikurangkan daripada lapan minit kepada sekurang-kurangnya lima minit selepas lebih banyak gerabak rosak diperbaiki, laporan Bernama

“Kita dah kenal pasti apa sebabnya, sekarang perlu dibuat pembaikan. Jadi Ogos ini interim progress kita kekerapan pada lima minit dan November barulah kita dapat membaiki sepenuhnya (masalah tren),” katanya.

Beliau menambah, pihaknya menetapkan sasaran pada Ogos dan November kerana perlu melakukan banyak penyelenggaraan pencegahan atas faktor keselamatan.

“Kalau kita masih gunakan (tren bermasalah) dan ada risiko, kita tidak mahu sebarang insiden yang tidak diingini (berlaku),” katanya sambil memohon maaf kepada pengguna LRT yang terjejas namun menegaskan bahawa sebarang kelewatan tidak dapat dielakkan demi keselamatan.

Pada 22 Mei lepas, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengenal pasti punca utama kebocoran bendalir hidraulik dan kerosakan angkup brek LRT laluan Kelana Jaya yang tergendala.

The post Kekerapan tren LRT dipertingkatkan dari 8 minit ke 5 minit mulai Ogos ini, giat baikpulih gerabak yang rosak appeared first on Paul Tan's Automotive News.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.