Puspakom akan buka hari Sabtu, 24 September ini di cawangan terpilih untuk penuhi permintaan tinggi

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer, Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) mengumumkan bahawa beberapa cawangannya yang terpilih akan dibuka pada Sabtu 24 September nanti, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi, sama seperti yang dibuat pada Sabtu lalu.

Sejumlah 16 cawangan Puspakom akan terlibat. Di Lembah Klang, cawangan yang akan beroperasi pada tarikh berkenaan adalah Wangsa Maju, Petaling Jaya, Shah Alam dan Padang Jawa. Manakala di kawasan Utara pula membabitkan cawangan Alor Setar, Mak Mandin (Pulau Pinang) dan Gopeng (Perak), sementara di Selatan pula cawangan yang dibuka pada Sabtu tersebut adalah Johor Bahru, Kluang dan Pasir Gudang.

Untuk kawasan Pantai Timur, cawangan yang dibuka pada 24 September tersebut adalah Kuantan dan Kota Bharu, dan di kawasan Timur Malaysia pula membabitkan cawangan Kota Kinabalu dan Kuching.

Bagi mereka yang mahu membuat pemeriksaan pada tarikh berkenaan, anda terlebih dahulu perlu membuat temujanji menggunakan aplikasi MyPuspakom. Mereka yang tidak mempunyai temu janji tidak akan dilayan.

The post Puspakom akan buka hari Sabtu, 24 September ini di cawangan terpilih untuk penuhi permintaan tinggi appeared first on Paul Tan's Automotive News.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.