Rider penghantar makanan bakal lancar mogok 24 jam mulai tengahmalam ini – tuntut keadilan dari syarikat

Sekumpulan rider penghantar makanan telah berpakat untuk menganjurkan mogok yang dinamakan ‘Food Delivery Blackout’ selama 24 jam bermula tengahmalam ini. Difahamkan, mogok ini dilakukan bagi memberikan mesej yang jelas kepada syarikat terbabit dan juga kerajaan.

Dimana kumpulan terbabit mahu membuat tuntutan demi keadilan para rider penghantar makanan yang dikatakan makin ditindas oleh syarikat yang dinaungi mereka. Antara tuntutan berkenaan adalah berkaitan kadar pembayaran penghantaran ketika ini yang didakwa semakin rendah, berbanding sebelumnya.

Selain itu, kumpulan ini juga membangkitkan mengenai isu bilangan penghantar makanan yang tidak terkawal sehingga mewujudkan persaingan dan seterusnya mengakibatkan pendapatan mereka menurun. Bukan itu sahaja, kumpulan ini turut menuntut caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ini kerana rider penghantar makanan tidak diberikan caruman KWSP dan PERKESO kerana tidak dianggap sebagai pekerja dan ada juga di antara mereka yang terpaksa membuat caruman KWSP sendiri secara sukarela.

Menurut laporan Malaysiakini pula, kumpulan terbabit juga merancang untuk berkonvoi ke ibu pejabat salah satu syarikat berkenaan yang terletak di Petaling Jaya bagi menyuarakan tuntutan berkenaan.

Malah terdapat mesej yang tular di laman media sosial yang meminta orang ramai untuk tidak melakukan pesanan sepanjang hari sebagai tanda solidariti. Ini bukanlah pertama kali kumpulan rider makanan membuat mogok sebegini, pada tahun 2019, perkara yang sama juga pernah dilakukan.

The post Rider penghantar makanan bakal lancar mogok 24 jam mulai tengahmalam ini – tuntut keadilan dari syarikat appeared first on Paul Tan's Automotive News.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.